Home Nasional Giliran Ismail Sabri pula menghadap Yang di-Pertuan Agong

Giliran Ismail Sabri pula menghadap Yang di-Pertuan Agong

Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah berikutan pengesahan sokongan SD kepada calon Perdana Menteri baharu di Istana Negara, Kuala Lumpur.Foto HAZROL ZAINAL, 19 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Calon Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ismail Sabri tiba dengan menaiki bas di pintu 2, Istana Negara.

Ismail Sabri yang dilihat bersongkok dilihat memasuki Istana Negara jam 1.15 petang sambil melambai kepada pengamal media.

Berada di hadapan adalah Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim.

Ini adalah bas keempat yang memasuki Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Sebelum itu, pada jam 12.45 tengahari tadi, bas ketiga yang membawa Ahli Parlimwn daripada Bersatu memasuki Istana Negara.

Antaranya Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Mohd Harun, dan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali. – MalaysiaGazette