LONDON – Manchester United bersedia untuk menjadikan Paul Pogba penerima gaji tertinggi di Old Trafford dengan kontrak lima tahun dengan gaji bernilai £400,000 (RM2.318 juta) seminggu.
Sumber media the Athletic melaporkan Pogba hanya berbaki kontrak setahun dan the Red Devils bimbingan Ole Gunnar Solskjaer untuk menyambung kontrak pemain itu di Theatre of Dreams sebelum jendela perpindahan melabuh tirai 31 Ogos ini.
Bagaimanapun, bintang Perancis dikatakan masih belum bersedia untuk menerima tawaran lumayan dari kelabnya.
Tawaran baharu itu bakal meletakkan Pogba penerima gaji tertinggi di kelab EPL itu berbanding penjaga gol mereka, David de Gea yang berpendapatan £375,000 seminggu.
Ia juga lebih tinggi berbanding gaji dua pemain baharu yang masuk ke kelab itu musim ini iaitu Jadon Sancho dan Raphael Varane yangb masing-masing akan menerima pendapatan mingguan £300,000 dan £340,000.
Pengurusan tertinggi United tidak sanggup melepaskan Pogba meninggalkan kelab secara percuma pada Jun 2022 dan berusaha gigih memujuk pemain itu kekal di kelab itu.
Kelab terbaik England itu yakin kenaikan gaji untuk Pogba akan membantu melindungi nilai pasaran pemain itu daripada menjunam dan mengelaknya meninggalkan kelab secara percuma.
Pogba menyertai kelab berkenaan pada 2016 dari kelab Serie A Juventus dengan nilai £89 juta.
Sementara itu, kelab gergasi Ligue 1 Perancis Paris Saint Germain sedang memantau secara rapat perkembangan pogba dan sedia menawarkan gaji sehingga £510,000 (RM2.9 juta) seminggu untuk khidmatnya jika sedia meninggalkan Old Trafford secara percuma musim hadapan.
Namun Pogba dikatakan berpotensi mengambil masa untuk mengakses pilihan yang ditawarkan penyertaan secara percuma ke Paris.-Dailymail.com.