Home Nasional Selangor beri pinjam 500, 000 dos vaksin bantu kerajaan Pusat

Selangor beri pinjam 500, 000 dos vaksin bantu kerajaan Pusat

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor bersetuju menyerahkan 500,000 dos vaksin yang dibeli melalui Program Vaksin Selangor (SeLVAX) secara pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, persetujuan itu selepas hasil perbincangannya dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Ia bagi diedarkan ke kawasan dan negeri-negeri yang mempunyai kadar vaksinasi yang rendah, katanya dalam hantaran di media sosialnya malam ini.

“Ini bagi membantu mencapai imuniti kelompok di seluruh negara dengan lebih pantas serta pada masa yang sama mencapai kemenangan bersama menewaskan wabak Covid-19,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sinivac ke Pfizer ? Ada negeri sudah dapat vaksin Sinovac pulangkan semula sebab hendakan Pfizer, bila sudah terputus bekslan marahkan kerajaan pula.

Comments are closed.