KAHERAH – OPEC akan membincangkan sama ada mahu meneruskan atau menamatkan pengurangan pengeluaran minyak dalam satu mesyuarat November ini, demikian menurut Menteri Minyak Kuwait, Essam al-Marzouq.
“Semasa mesyuarat kami yang akan datang iaitu pada akhir November ini, kami akan membincangkan beberapa perkara penting terutamanya mengenai nasib perjanjian pengurangan minyak, sama ada mahu meneruskan atau menamatkannya,” kata Marzouq dalam satu temubual dengan stesen televisyen Kuwait TV di sini.
Katanya, inventori minyak sejak beberapa minggu lalu jatuh melebihi jangkaan dan unjuran seminggu sebanyak dua juta tong sehari telah menyusut berbanding 6.5 juta sebelum ini.- MalaysiaGazette