Home Politik Ismail Sabri perlu undi percaya di Parlimen – Kula

Ismail Sabri perlu undi percaya di Parlimen – Kula

M. Kulasegaran

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri (PM) baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu membuat usul percaya terhadapanya di Dewan Rakyat.

Itu peluang kepada Naib Presiden UMNO memberi keyakinan kepada rakyat dan menuruti titah Yang di-Pertuan Agong, kata Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran.

Menurutnya, Ismail Sabri perlu lebih baik berbanding PM sebelumnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa gagal berbuat demikian.

“Walaupun diminta banyak kali oleh pembangkang,  Muhyiddin gagal menguji sokongan majoriti dan menutup Parlimen.

“Ketakutan berbuat demikian menyebabkannya tidak setaraf dengan bekas PM, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi yang menguji sokongan majoriti di Parlimen sebaik sahaja selepas menjadi PM,” kata pemimpin DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, kata Kula Segaran, Ismail Sabri juga perlu berbuat demikian di Parlimen pada minggu depan bagi mengesahkan kredibilitinya.

Ismail Sabri juga digesa menyediakan pelan dan halatuju yang jelas dalam usaha negara membendung penularan Covid-19.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. LIDAH KELING BERKATA2…GILA DAN KEMARUK ANWAR dan MAJLIS P unah H arapan menolak terus peluang TANPA ingin berunding kerana yakin dengan IGAUAN NOMBOR EKOR ANWAR…
    ANWAR boleh jadi PM di 2 tempat KHAS SG BULOH

    Peluang Bersidang pun MP2 SEPERTI BEROK2 SAKIT MENTAL…sendiri buat hal sendiri tanggung

    mana FITNAH KELING rm30 JUTA BELI MP mereka….mungkin tambah FITNAH rm 300 juta …pada PM baru pula

Comments are closed.