Home Sukan Liverpool sedang pujuk Mohamed Salah

Liverpool sedang pujuk Mohamed Salah

Liverpool dalam proses sambung kontrak Salah di Anfield. Kredit Foto: Pool via Reuters.

LONDON – Jurgen Klopp hari ini mengesahkan bahawa Liverpool sedang bekerja keras untuk menyambung kontrak Mohamed Salah.

Menurut Pengurus the Kops itu, kelabnya sedang dalam proses untuk terus mengekalkan pemain Mesir di Anfield untuk tempoh lama.

Kali terakhir Salah menyambung kontraknya bersama Liverpool adalah pada tahun 2018 iaitu setahun selepas menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu daripada pasukan gergasi Serie A Itali, AS Roma.

Liverpool pada asalnya menggandakan pendapatan mingguan Salah lebih £100,000 namun ganjaran itu diperbaharui selepas pemain itu beraksi cemerlang dengan menjaringkan 44 gol.

Penyerang berkenaan adalah penerima gaji terbesar dalam Liverpool namun kini kelab itu berada dalam situasi terdesak untuk menyediakan satu pakej pendapatan yang terbesar dalam sejarah kelab untuk salah seorang penjaring gol yang terbaik di dunia ini.

Salah kini berada dalam tahun terakhir kontrak bersama the Reds.

“Kelab sedang terlibat dalam proses untuk melanjutkan kontrak pemain terbaik itu. Dia (Salah) seorang pemain yang mendahagakan gol dalam setiap perlawanan.

“Maka kelab sedang menggunakan segala usaha yang ada untuk menyambung kontrak dia di Anfields,” katanya.-Dailymail.com