Home Nasional Seorang ADUN positif Covid-19, tiga diminta kuarantin

Seorang ADUN positif Covid-19, tiga diminta kuarantin

Chin Li

ISKANDAR PUTERI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, K. Raven Kumar disahkan positif covid-19 pada ujian calitan Khamis lalu.

Selain itu, ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari; ADUN Tangkak, Ee Chin Li dan ADUN Senai, Tee Boon Tsong diarahkan menjalani kuarantin di rumah.

Boon Tsong

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat berkata, pengesahan itu diperoleh selepas pengurusan DUN berkenaan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi persidangan keempat DUN Johor bagi penggal ke-14, hari ini.

Katanya, semua ADUN serta wakil media yang hadir ke Bangunan Sultan Ismail bagi persidangan berkenaan diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19, Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen), setiap hari sehingga persidangan berakhir.

    K.Raven

“ADUN Tenggaroh, K Raven disahkan positif Covid-19 Khamis lalu ketika menjalani ujian saringan.

“Tiga lagi ADUN iaitu Johor Lama, Rosleili Jahari; Tangkak, Ee Chin Li dan Senai, Tee Boon Tsong pula diarahkan menjalani kuarantin.

Rosleli Jahari
“Rosleili dan Boon Tsong diarahkan menjalani kuarantin dua hari berikutan menjadi kontak rapat manakala Chin Li pula perlu menjalani kuarantin lebih lama dan tidak dapat menyertai sesi persidangan yang berakhir Rabu ini” katanya ketika dihubungi hari ini

Sementara itu, Suhaizan memberitahu, dua ADUN lagi tidak dapat menghadiri sidang DUN itu.

“Dua ahli dewan berkenaan adalah ADUN Gambir, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga bekas Perdana Menteri Kelapan dan ADUN Simpang Jeram, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Pulai,” katanya. – MalaysiaGazette