Home Nasional DAP sedia sertai MPN – Guan Eng

DAP sedia sertai MPN – Guan Eng

Lim Guan Eng. PIX: IQBAL BASRI / MalaysiaGazette / 10 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – DAP bersedia untuk menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Setiausahanya, Lim Guan Eng berkata, kesediaan itu adalah semata-mata demi menyelamatkan nyawa rakyat negara ini.

“DAP sanggup mempertimbangkan tawaran untuk kepimpinan pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 asalkan bukan sekadar untuk mencukupi syarat dan mengiakan pandangan kerajaan semata-mata.

“Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata demikian beberapa jam selepas Ismai Sabri yang baru menjawat jawatan Perdana Menteri berkata ahli politik pembangkang hari ini ditawarkan ruang bekerjasama dengan kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19 yang masih membelenggu negara.

Malah kata Naib Presiden UMNO itu, ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. temberang apek DAPIGS….tawaran TSMY ditloak bulat…dah GAGAL naikan ANWAFIKUN raja NOMBOR EKOR tunjukkan rasa simpati nk bersama…
    Majlis P unah H araPAN MENOLAK semua tawaran kerana Penghinaan pada Nuar

    Mat sabuserabut…lagi GANAS…orang gagal macaml(TSMY) diluar negara dah kena Bunuh.
    Mahpus dan Salah udin marilah ke pangkuan khemah besar katak2 dan pengkhianat …sebab PM Sg BULUH xcukup majoriti…..kami xbagi SYARAT dan Ugut..jadi MP berpenggal syarat dan ugutan pun xboleh beza

  2. Kecaman terhadap pemimpin veteran seperti anak beranak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan Anwar muncul setelah PH menolak mentah-mentah pelawaan Muhyiddin untuk mewujudkan kerjasama bipartisan dalam usaha menangani krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19.

    Kecaman mereka ditambah dengan ‘kekalahan’ Anwar dalam perebutan jawatan PM kesembilan kerana tidak mendapat sokongan,

  3. Apek joins MPN setaraf menteri boleh guggurkan kes rasuah di mahkamah macam apek menteri wang juga dah guggur kes rasuah di mahkamah sebelum ini, kan?

Comments are closed.