LONDON – Kelab England Liverpool hari ini menjual bintang tengahnya Xherdan Shaqiri kepada Lyon dengan yuran berjumlah £9.5 juta (RM55.03 juta).
Pemain Switzerland itu menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Ligue 1 Perancis berkenaan.
Shaqiri, 29, menyertai Anfield dari Stoke City dengan nilai £13 juta pada tahun 2018.
Namun Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, dia hanya beraksi dalam lima perlawanan di bawah Jurgen Klopp.
Bekas penyerang Bayern Munich dan Inter Milan menang gelaran EPL bersama the Kops pada 2019.
Shaqiri juga merupakan pemain kedua Liverpool yang berpindah ke Paris musim ini selepas georginio Wijnaldum ke Paris Saint Germain selepas kontrak tamat Jun lalu.
Shaqiri melakukan 96 penampilan bersama Switzerland di pentas antarabangsa dan menjaringkan lapan gol dalam 63 perlawanan bersama Liverpool manakala enam daripadanya pada musim pertama.- BBC Sport.com
ARTIKEL BERKAITAN: