Home Nasional ADUN Semambu risau rakyat lama tidak dapat solat Jumaat

ADUN Semambu risau rakyat lama tidak dapat solat Jumaat

Lee Chean Chung

KUANTAN – Biarpun Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) pembangkang ini bukan beragama Islam, namun beliau bimbang dengan keluhan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat.

Lee Chean Chung (PKR – Semambu) berkata, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat membawa pandangan penduduk serta memikirkan penyelesaian secara bersama mengenai perkara itu memandangkan lebih 60 peratus penduduk di kawasan Dewan Undangan Negerinya beragama Islam.

“Ramai penduduk umat Islam dewasa di Pahang ini tidak dapat bersolat Jumaat sudah lebih daripada tiga kali berturut-turut.

“Bahkan ada yang sudah berbulan-bulan lamanya akibat daripada perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga penguatkuasaan SOP (prosedur operasi standard) yang telah menghadkan jumlah jemaah yang sedikit di masjid,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN :

Pahang belanja RM48.9 juta sepanjang PKP

Peruntukan RM10.2 kerajaan Pusat bagi kemudahan perubatan di Pahang

Berbahas secara rasional, utama kepentingan rakyat – Pemangku Raja Pahang

Menurut Chean Chung, rakyat mengeluh dan kurang senang dengan perkara itu.

Berikutan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan negeri mengambil langkah untuk mengatasi perkara tersebut, antaranya mendapatkan fatwa atau hukum daripada ulama muktabar untuk melaksanakan solat Jumaat sebanyak dua kali di masjid. – MalaysiaGazette