KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan mempertimbangkan pelawaan kerajaan untuk pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Bagaimanapun kesediaan itu bersyarat dengan MPN difokuskan untuk menangani pandemik Covid-19 sahaja.
“PH akan pertimbang jemputan perdana menteri baru, Datuk Seri Ismai Sabri untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 demi memastikan ia dibuat secara ikhlas untuk menangani pandemik dan kemelesetan ekonomi serta bukan sekadar tangkap muat atau menjadi ‘rubber stamp’ kepada pandangan kerajaan semata-mata,” kata Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Dalam pada itu, Anwar, Guan Eng dan Mohamad berkata, PH akan mengadakan satu pertemuan dengan pemimpin utama parti-parti pembangkang.
Pertemuan itu akan diketuai Anwar selaku Ketua Pembangkang antaranya akan menjemput mereka untuk menyertai atau bekerjasama dengan PH
“Pertemuan tersebut antara lain akan membincangkan isu-isu politik semasa serta persiapan bagi menghadapi sidang Parlimen yang bakal bermula 6 September, dengan kemungkinan satu sidang khas diadakan lebih awal dari itu untuk membahaskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri serta mengisikan kekosongan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ekoran peletakan jawatan Datuk Azlina Othman Said,” jelas kenyataan dua muka surat itu.
Antara lain, gabungan PH akan turut memfokuskan kepada reformasi institusi termasuk Parlimen, reformasi fiskal, reformasi perundangan termasuk Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti dan penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara.
Selain itu, mereka turut menegaskan kebebasan sistem kehakiman yang tidak patut dikacau ganggu oleh mana-mana pihak,” kata mereka lagi.
Sebelum ini, Guan Eng secara jelas menyatakan parti itu sedia mempertimbangkan tawaran untuk menjadi sebahagian daripada MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bagi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, ia dengan syarat tawaran itu bukan menjadikan DAP sebagai wakil yang tidak penting dan sebagai ‘pak turut’ kepada pandangan kerajaan.
Dalam perutusan sulung sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia, Ismail Sabri mengajak kepimpinan parti pembangkang untuk menjadi sebahagian daripada MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
Ismail yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan dan kerjasama rentas parti dan menggesa semua pihak agar meleraikan perebutan kuasa dan menamatkan keresahan rakyat. – MalaysiaGazette
majlis PUNAH HARA PAN dan PAKATAN HANCING menolak BULAT2 tawaran TSMY kerana satu penghinaan kepada mereka
Saya banyak kali komen ALLAH AKAN MEMBALAS MEREKA YANG SOMBONG BONGKAK….TAHNIAH dah tersembam muka dan maruah NOMBOR 8992 baru tersedar
rakyat tunggu dan lihat samada mereka seperti BEROK2 pada sidang parlimen akan datang
ketua pembangkang patut dan wajib letak jawatan tersebut dan kerusi PD…akibat KEGAGALAN jadi p em…..sebagai pemimpin bertanggungjawab atau berjiwa kecuttt