Home Sukan FIFA terima wang AS$201 juta dari dana dilucuthak kes rasuah

FIFA terima wang AS$201 juta dari dana dilucuthak kes rasuah

Presiden FIFA, Infantino gembira wang yang disalahgunakan untuk rasuah oleh kepimpinan terdahulu diterima semula dari Jabatan Keadilan AS untuk keguanaan komuniti bola sepak dunia.Foto Kredit: Getty Image.

LONDON – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bakal menerima wang berjumlah $201 juta dolar (£146juta) dari dana dilucuthak yang disita semasa siasatan rasuah.

Penganugerahan dana itu kepada badan kawal selia bola sepak dunia itu diumumkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS).

Lebih 50 defendan telah dituduh atas kesalahan jenayah rasuah sejak jabatan itu mendedahkan pada tahun 2015.

Seramai 27 orang dan empat entiti korporat disabitkan kesalahannya di mahkamah dengan dua orang sedang dibicarakan.

Proses pembayaran semula itu akan dimulakan dengan pengagihan dana pertama sebanyak AS$32.3 juta dolar (£23.5 juta).

Wang berkenaan yang disita dari akaun bank bekas pegawai-pegawai FIFA yang didakwa atas kesalahan rasuah akan digunakan oleh Yayasan FIFA untuk membiayai projek berkaitan bola sepak.

FIFA berkata, inisiatif ini akan memanfaatkan ramai orang dalam dunia bola sepak khususnya program belia dan komuniti.

Skandal rasuah yang melanda FIFA pada 2015 merupakan terbesar dalam sejarah sukan membabitkan badan kawal selia bola sepak itu dengan eksekutif pemarasan sukan dengan penipuan, rasuah, pengubalan wang haram.

Ia membawa kepada berakhirnya kepimpinan FIFA di bawah Sepp Blatter selama 17 tahun sebelum Gianni Infantino menggantikannya pada Februari 2016.

Beberapa defendan juga diarahkan perlucutahak aset yang diperolehi dari aktiviti jenayah.

Di bawah Undang-Undang Amerika Syarikat, Jabatan Keadilan merupakan pihak berkuasa yang mengagihkan aset yang dilucuthak kepada mangsa jenayah,termasuk organisasi bola sepak yang ditipu.

“Saya gembira melihat wang yang disalahgunakan kini kembali semula untuk kegunaan sebenarnya,” kata Infantino.-BBCSports.com