MOSCOW – Menteri Kesihatan Rusia mempertimbangkan pengharaman kekal jualan rokok kepada warganya yang lahir pada tahun 2014 dan ke atas.
Langkah keras itu merupakan strategi ahli politik Rusia untuk mengharamkan rokok menjadi realiti.
Larangan penjualan tembakau kepada generasi tersebut akan berterusan sehingga mereka dewasa.
Bagaimanapun, cadangan itu baru diberi pertimbangan pada masa ini tetapi merokok akan menjadi satu kesalahan di Rusia pada masa depan.
Media Izvestia mendakwa telah melihat sendiri dokumen polisi bertanjuk – “Konsep bagi polisi negara untuk menangani penggunaan rokok pada tahun 2017 – 2022 dan seterusnya”.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan mengesahkan tentang dokumen tersebut yang kini sedang dikongsikan dengan agensi-agensi kerajaan yang lain.
“Matlamat ideologi itu betul,” kata Nikolai Gerasimenko, ahli jawatankuasa kesihatan Rusia,
Persatuan anti-rokok menyarankan langkah-langkah yang sama, tetapi tidak pernah menerima sokongan kerajaan.
Presiden Vladimir Putin yang terkenal kerana fanatik dengan kecergasan serta bukan perokok dan pernah menegur menteri-menteri yang merokok.
Merokok di tempat kerja, ruang tangga blok perumahan, bas dan kereta api komuter dan dalam jarak 15 meter dari stesen kereta api dan lapangan terbang adalah dilarang di Rusia.
Rusia mempunyai kadar perokok tertinggi di dunia dengan kira-kira 40 peratus dalam kalangan penduduknya.
Pasaran rokok di Rusia dianggarkan bernilai lebih daripada AS$22 bilion. – MalaysiaGazette