KUALA LUMPUR – Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin menepati ramalan apabila meraih pingat emas pertama olahraga dalam Sukan SEA Ke-29, sebentar tadi.
Muhammad Irfan meraih pingat emas selepas mencatat lemparan sejauh 58.36 meter dalam saingan akhir.
Selepas tiga kali memecah rekod kebangsaan miliknya sendiri tahun ini, Muhammad Irfan mengotakan janjinya meraih pingat emas Sukan SEA buat kali ketiga.
Mei lalu, Irfan memadam rekod lempar cakera kebangsaan 61.10 meter (m) yang dilakukannya di Jerman dengan catatan baharu 61.56m pada Kejohanan Ludvik Danek Memorial, Turnov, Republik Czech.
Di Singapura, 2015, Irfan berjaya mempertahankan emas yang dimenangi dalam temasya 2011 selepas melakukan catatan 56.62m. – MalaysiaGazette