Home Politik Chegubard yakin kekecohan Nothing to Hide 2.0 dirancang

Chegubard yakin kekecohan Nothing to Hide 2.0 dirancang

Badrul Hisham Shaharin

KUALA LUMPUR – Badrul Hisham Shaharin yang pernah suatu ketika dahulu aktif memobilisasi penyokong pembangkang dalam ceramah  yakin kekecohan semasa program Hothing To Hide 2.0 lalu sau insiden terancang.

Bekas ahli PKR seumur hidup itu yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, semua rakaman kekecohan sudah menjadi bukti jelas kekecohan dimulakan oleh ahli Armada sendiri ntuk mengelak Tun Dr. Mahathir Mohamad diserang dengan soalan sukar.

“Perancangan-perancangan itu berjaya dirakam dan tersebar dan berjaya ditangani

“Saya sebut dengan jelas mereka merancang untuk provok pihak tertentu supaya datang bertanya,” katanya semasa program Sembang Santai Teh Tarik bertajuk ‘Nothing To Hide: Provokasi atau Serangan Terancang’ malam ini.

Badrul Hisham berkata, program tersebut sebenarnya diadakan untuk menunjukkan seolah-olah Mahathir seorang yang berani berdepan orang ramai walhal sudah mengetahui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dapat hadir.

“Mudah sahaja, dia nak tunjuk Dr. Mahathir berani berdepan semua orang, jadi itu persepsi ‘berani Mahathir berdepan semua orang’, jadi apabila tidak jadi apa-apa dia dikatakan apa akan jadi, maka Dr. Mahathir dikatakan berani berdepan semua orang,” katanya.

Daripada pengamatan dan pengalaman bersama pembangkang, beliau mengulangi dengan penuh yakin semua kekecohan itu sebenarnya dirancang sama ada berbayar atau tidak itu bukan isunya.

“Kekecohan tersebut saya ulang dengan sangat yakin ia dibuat dengan amat terancang

“Yang bakar suar tak tahu yang ada benda lain, baling kerusi dari atas tak tahu ada kerusi dari atas akan baling, semua benda tidak tahu, termasuklah terancang ini tak semestinya saya kata terancang ini dia berbayar.

“Contohnya terancang dengan provok, dia tak tahu kawan kita pasti akan dapat tanya soalan maka diberilah lorong supaya dia menjadi punca. Mahathir cukup pandailah benda ini,” katanya.

Program Nothing To Hide 2.0 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berlangsung di Dewan Raja Musa, Seksyen 7, Shah Alam bertukar kecoh apabila dicemari insiden balingan kasut, kerusi, botol air serta suar daripada beberapa individu yang hadir sehingga mencetuskan panik dan berlaku kejadian bertumbuk sesama sendiri.

Kekecohan berlaku pada kira-kira 5.10 petang ketika Pengerusi PPBM, Dr Mahathir sedang menjawab soalan berhubung tragedi Memali di Baling, Kedah pada September 1985. – MalaysiaGazette