Home Seni Hidup JKKN anjur Festival Seni Hidup@Living Arts Cultural Festival

JKKN anjur Festival Seni Hidup@Living Arts Cultural Festival

sebanyak 149 lagu-lagu nyanyian dan gubahan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2018.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan Festival Seni Hidup@Living Arts Cultural Festival (LACF) yang diadakan pada 29 hingga 31 Oktober ini.

LACF menghimpunkan kesenian yang antaranya telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Warisan Kebangsaan serta sebagai platform yang mengetengahkan warisan negara yang hampir pupus dan seterusnya menjadi pencetus kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan.

Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop berkata, sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam memantapkan usaha memelihara, mengekal, mengembang dan menyemarakkan seni budaya dan warisan negara, JKKN turut melaksanakan pencungkilan bakat sempena LACF 2021.

Menurunya, sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu P. Ramlee, Cabaran Joget dan Pertandingan Busana Tradisional Malaysia. Penyertaan dibuka mulai 20 Ogos hingga 20 September ini  manakala pertandingan akhir akan diadakan pada 29 hingga 31 Oktober ini.

“Untuk rekod, sebanyak 149 lagu-lagu nyanyian dan gubahan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2018 manakala Joget Melayu diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2007 yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM23,00 kepada pemenang.

“Berbeza dengan penganjuran LACF pada tahun 2018 dan 2019, program pencungkilan bakat merupakan julung kali diadakan bagi sesi 2021.

“Orang ramai juga berpeluang mengundi peserta kegemaran mereka bagi memenangi kategori peserta paling popular menerusi Halaman Peminat Facebook Rasmi LACF secara undian likes dan shares terbanyak bermula 25 September hingga 20 Oktober ini,” kata dalam satu kenyataan di sini.

Joget Melayu diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2007.

Mesran berkata, selain pencungkilan bakat, orang ramai juga berpeluang menyaksikan persembahan dan dokumentari Warisan Tidak Ketara daripada Malaysia, Lao, Turki, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, China, Sri Lanka, Filipina, Kanada, Australia, Vietnam dan Thailand menerusi www.cloudtheatre.com dan Halaman Peminat Facebook JKKN TV serta berpeluang mengikuti bengkel seni lipatan kertas, galeri maya, webinar dan sebagainya lagi.

“Diharap dengan beberapa program pencungkilan bakat ini dapat menyemarakkan lagi seni budaya di Malaysia di samping menjadi pencetus kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan seni budaya dan warisan negara,” katanya.

Untuk pencungkilan bakat, orang ramai boleh muat naik video ke Google Drive atau wetransfer dan sertakan pautan di Borang Penyertaan.

Mereka perlu mengmbas Kod QR dalam poster atau layari laman sesawang JKKN di http://www.jkkn.gov.my/ms untuk muat turun borang dan syarat penyertaan. – MalaysiaGazette