Home Sukan Spurs sedia tunaikan tuntutan Kane, gaji £400,000 seminggu

Spurs sedia tunaikan tuntutan Kane, gaji £400,000 seminggu

Spurs bersedia untuk menaikkan gaji Kane selepas pemain itu menyatakan keputusannya untuk kekal bersama pasukan itu musim ini selepas usaha berpindah ke Manchester City tidak tercapai.Kredit foto: Tottenham Hotspur via Getty Images

LONDON – Tottenham Hotspur dilaporkan sudah bersedia untuk menaikkan pendapatan penyerangnya, Harry Kane, sebanyak £100,000 bagi memastikan pemain itu kekal di kelab tersebut.

Kapten England itu dikatakan kecewa selepas permohonannya untuk menyertai juara liga, Manchester City, tidak ditunaikan oleh Spurs.

Sebagai mengubati kekecewaan itu, Kane kini dilaporkan menuntut kelabnya supaya menawarkan gaji berjumlah £400,000 seminggu.

Kelabnya yang terlalu gembira dengan keputusan Kane yang akan kekal bersama pasukan musim ini, tanpa berselindung sudah memberi lampu hijau kepada tuntutan kenaikan gaji dari Kane.

Kane menerima hakikat bahawa Man City tidak bersedia membayar yuran £150 juta yang ditetapkan Pengerusi Spurs, Daniel Levy.

Dengan kenaikan gaji nanti, Kane akan tergolong dalam kalangan pemain yang menerima gaji termahal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketika ini bintang tengah Man City, Kevin De Bruyne menerima gaji tertinggi dalam EPL iaitu £385,000 seminggu diikuti David de Gea dari Manchester United di tempat kedua dengan pendapatan mingguan £375,000.

Pendapatan mingguan yang diterima Kane di Spurs ketika ini adalah £300,000 dan gajinya akan dinaikkan kepada £400,00 seminggu kelak. – Dailymail.com