BALI – Polis Indonesia menerima maklumat bahawa warga Malaysia, Tee Kok King yang melarikan diri bersama tiga lagi banduan lain dari Penjara Kerobokan di Bali pada Jun lalu kini mungkin berada di Malaysia.
Dua lagi banduan, Dimitar Nikolov Iliev (warga Bulgaria) dan Sayed Muhammad Said (warga India) diberkas di Timor Leste empat hari selepas mereka meloloskan diri daripada penjara itu.
Bagaimanapun, banduan warga Australia, Shaun Edward Davidson dipercayai masih berada di Indonesia, kata Ketua Polis Bali, Ketua Inspektor, Petrus Reinhard Golose.
“Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dan kami mengesyaki dia telah berada di Malaysia,” kata Petrus kepada wartawan seperti dipetik The Jakarta Post.
Keempat-empat banduan tersebut meloloskan diri dari penjara itu dengan menggunakan terowong lama yang tidak digunakan lagi.
Ketua polis itu berkata, pihak berkuasa Malaysia bersedia membantu memburu Kok King.
Bagaimanapun, jika banduan itu berada di Malaysia, menurut undang-undang Malasia dia tidak boleh diekstradisikan ke Indonesia, kata Petrus.
“Ia adalah halangan besar menandangkan banduan ini (mungkin) telah berada di negaranya, tetapi kita akan terus berkerjasama dengan Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Petrus berkata, polis akan memperhebatkan pemburuan Davidson di sempadan Timor Leste di Nusa Tenggara Timur. – Agensi