Home Nasional Lapan wakil GPS dalam Kabinet pengikirafan buat rakyat Sarawak

Lapan wakil GPS dalam Kabinet pengikirafan buat rakyat Sarawak

expressways The toll charges increment at three highways that was supposed to begin on 1 January has been postponed until the end of the year in the government’s effort to reduce the cost-of-living of the people affected by the Covid-19 outbreak. The toll charges increment at KESAS, LTP2 and SKVE expressways that was supposed to begin on 1 January has been postponed until the end of the year
Datuk Seri Fadillah Yusof. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 06 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Pelantikan lapan wakil Gabungan daripada Parti Sarawak (GPS) ke dalam barisan Kabinet baharu merupakan pengiktirafan untuk rakyat Sarawak.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkatan, pelantikan tersebut juga merupakan amanah dan tanggungjawab besar, demi rakyat serta negara.

“Saya sedar dan insaf, pada ketika rakyat masih bergelut dengan penularan pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, rakyat menaruh harapan cukup besar kepada Kabinet baharu ini.

“Seperti ditekankan Perdana Menteri, Kabinet ini adalah pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat, yang perlu bertindak pantas dan bersepadu.

“Fokus kita sekarang adalah untuk memastikan kestabilan politik, menangani pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara demi kelangsungan ekonomi dan kehidupan rakyat,” katanya.

Menerusi pengumuman yang dibuat Perdana Menteri hari ini, Ahli Parlimen Petra Jaya itu masih kekal dengan portfolionya sebagai Menteri Kerja Raya.

Beliau akan berganding dengan Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sebagai timbalannya. – MalaysiaGazette