KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan barisan Kabinet baharu yang diumumkan hari ini perlu memenuhi komitmen serta matlamat Perdana Menteri memerangi Covid-19 dan memulihkan ekonomi.
Beliau yang dilantik sebagai Menteri Perumahan Tempatan dan Kerajaan berkata, prinsip-prinsip dan pendekatan baharu yang digagaskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan diberikan penekanan agar perkhidmatan serta penyampaian yang berkesan dapat diberikan kepada rakyat.
“Saya dengan penuh rendah diri juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas kepercayaan kepada saya untuk mengkhidmati Keluarga Malaysia di KPKT. Insya-Allah amanah dan kepercayaan ini akan digalas sebaiknya demi Malaysia.
“Insya-Allah, komitmen serta matlamat yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri akan dipikul bersama khusus sekali dalam memerangi penularan wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi,” katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.- MalaysiaGazette