KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berikrar akan terus melakukan yang terbaik apabila dilantik semula sebagai Menteri Kewangan hari ini.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB itu turut berjanji akan teruskan memastikan kesejahteraan hidup rakyat.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas kepercayaan melantik saya sebagai Menteri Kewangan.
“Ini tanggungjawab dan amanah yang besar. InsyaAllah saya dan pasukan Kementerian Kewangan akan terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi negara,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Facebook beliau hari ini. – MalaysiaGazette