Home Politik Kabinet Ismail Sabri kitar semula – Anwar

Kabinet Ismail Sabri kitar semula – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang banyak mengekalkan muka lama dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu disifatkan sebagai barisan menteri kitar semula.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat kecewa dengan langkah Ismail Sabri dengan mengembalikan semula menteri muka-muka lama dalam kerajaan untuk membantu beliau menguruskan Putrajaya.

“Reaksi spontan dalam kalangan rakyat agak mengecewakan dan menghampakan kerana ia hanya kitaran semula seperti mana yang diuar-uarkan di media sosial dengan guruaan Kabinet baru, Kabinet lama dan macam almari yang tidak ada perubahan,” katanya dalam satu video respon balas kepada permbentukan jemaah menteri di bawah Perdana Menteri kesembilan itu hari ini.

Ismail Sabri dalam pengumuman khas Kabinet pagi tadi mengekalkan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kanan Kerja Raya; Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin sebagai barisan Menteri utamanya.

Malah sebagai pembangkang, Anwar berkata, pihaknya kecewa dengan perkembangan itu kerana tidak ada perubahan drastik yang dicerminkan oleh Ismail Sabri.

“Langkah yang diambil hanya kitar semula menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan menangani keupayaan ini secara berkesan.

“Oleh yang demikian sambutan sangat menghampakan, apa yang kita harapkan sekarang ialah satu perubahan tetapi ini tidak berlaku,” katanya lagi.

Justeru itu, Anwar berkata, sebagai pembangkang pihaknya akan menjadi pasukan semak dan imbang kepada kerajaan baharu Ismail Sabri bagi memastikan kepentingan rakyat diutamakan di sebalik penularan pandemik Covid-19.

“Kami sebagai pembangkang akan tetap secara lantang memantau menyuarakan dan membantah sekiranya tidak ada program pelaksanaan yang lebih mantap yang berkesan untuk menangani masalah Covid-19 dan membawa perubahan terhadap kehidupan rakyat.

“Saya kira agak nyata ia tidak mampu suntik semangat baru dan meyakinkan pelabur dalam negara dan luar negara,” kata Anwar.

Selain lima menteri kanan itu, barisan Kabinet hari ini turut menampilkan muka-muka lama antaranya Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid (Menteri Pembangunan Luar Bandar), Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim ( Menteri Wilayah Persekutuan).

Dua muka baharu adalah Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu (Menteri Belia dan Sukan),dan Idris Ahmad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. sudah..sudah dan sedarlah ANWAR MUNAFIK pun kitar SEMULA nak diangkatt PM….SD hanya dari 89-92….tetap ego dan menipu ada 105 tidak termasuk dilelong KELING KULA.

    MENIKUS SELAMA 22 bulan dan meredhai apa yang DAPIGS perlekehkan pada ISLAM dan negara….ISU ICERD/IKTIRAF LGBT/ARAK FEST/GANGGUAN AZAN DI PP TH/ZAKAT DIURUSKAN PUAK KAFIR/jata negara/LAGU negaraku buat lawak/BENDERA 3 BINTANG/bawa abu KOMUNIS/HINA RASULLULAH

    EGO BUSUK HATI MENOLAK TAWARAN TSMY…tidak hairan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tidak berminat menubuhkan kerajaan perpaduan bersama pembangkang
    MAT SABURABUT isytihar seolah2 TSMY dihukum bunuh spt di luar negara
    mahpuss bengong dengan istilah syarat dan ugutan
    BERGABUNG PULA DENGAN KETUA MUNAFIK dan RAJA NOMBOR EKOR

    ALHAMDULILLAH….NEGARA TIDAK DI TADBIR OLEH PM PELIWAT/PEMFITNAH /MUNAFIK yang KEMARUK KUASA DAN SAKIT MENTAL….rujuk kebiadapan sidang parlimen tempohari ….Tiada hormat bacaan FATIHAH dan perangai spt BEROK2…rujuk Sultan Johor jgn buat sangkar BEROK

  2. ANWAR terimalah hakikat TAKDIR yang kamu tidak LAYAK dan GAGAL jadi pm kerana banyak tindakan2 menipu dan memfitnah

    “Reaksi spontan dalam kalangan rakyat agak mengecewakan dan menghampakan kerana ia hanya kitaran semula NOMBOR2 EKOR yg dimainkan oleh ANWAR

  3. Agong berkenan terima persembahan senarai Jemaah Kabinet
    August 26, 2021

    LIDAH MUNAFIK ANWAR dan pemimpin amNANAH…..kami serah dan terima kebijaksanaan YDPA atas lantikan PM baru…..akhirnya terbukti mereka MENDERHAKA DAN MENGHINA YDPA atas lantikan kabinet sebagai Kabinet Gagal 2.0 dan KITAR SEMULA….macam ni ke politik matang pembangkang yang terus didewa2kan
    Menolak tawaran TSMY tetapi hari ini DAPIGS mendesak kerajaan baru menawarkan semula yang dibuat TSMY…pembangkang .sanggup MENJILAT LUDAH MUNTAH KENCING mereka dgn alasan titah YDPA pula

Comments are closed.