Home Nasional Ahmad Sarji meninggal dunia

Ahmad Sarji meninggal dunia

Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid meninggal dunia pada jam 1.40 pagi tadi.

Beliau berusia 83 tahun.

Keluarga Allahyarham berkata, Ahmad Sarji meninggal dunia di sebuah hospital di sini.

Berita sedih ini turut dikongsikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi Facebooknya pagi tadi.

Allahyarham telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas dijangkiti Covid-19 pada 7 Ogos lalu.

Ahmad Sarji adalah Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996 ketika era pentadbiran Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette