DHAKA – Angka korban sebuah kapal pelancong terbalik di sebuah sungai di daerah Brahmanbaria di Bangladesh meningkat kepada 22 orang.
Kejadian itu berlaku kira-kira 109 kilometer di timur ibu kota Dhaka, lewat petang semalam.
“Mayat 19 pelancong telah ditemui,” kata Mohammed Anisur Rahman, ketua polis daerah itu.
Bot terbalik sekitar jam 6 petang waktu tempatan apabila bertembung dengan sebuah kapal yang sarat selepas dilanggar oleh kapal lain yang berisi pasir dari belakang.
Kapal itu difahamkan membawa 62 orang pelancong.
“Kami difahamkan kebanyakan pelancong berjaya berenang di darat setelah kapal berkenaan terbalik,” katanya.
Pencarian mangsa yang masih hilang sedang dijalankan.
Setakat ini polis tidak pasti jumlah penumpang yang hilang. – Xinhua