Home Politik Mereka hendak bunuh karier politik saya – Tok Mat

Mereka hendak bunuh karier politik saya – Tok Mat

Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencetuskan spekulasi apabila mengeluarkan kenyataan terdapat pihaknya yang mahu menamatkan karier politiknya.

Menerusi satu video yang tular, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pada mulanya dilihat sedang berjalan memasuki masjid sambil menggunakan telefon bimbit.

Namun beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau disapa oleh seorang jemaah sambil bergurau bertanya mengenai nama beliau yang tidak terpilih dalam senarai Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Tok Mat, nama tak naik? Nama sini naik lah (masjid),” katanya seorang jemaah.

“Itu namanya politik. Mereka hendah bunuh saya (karier politik),” balas Mohamad bersahaja sebelum masuk ke masjid.

Sebelum ini, Pemuda UMNO telah mencadangkan Mohamad dinamakan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu,

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam situasi mencabar ketika ini, negara memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih daripada kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau adalah tokoh korporat yang pernah bertugas di Bank Bumiputra Malaysia Berhad serta menjadi Pengurus Besar di Bank Bumiputra London.

Selain itu, beliau juga pernah menyandang sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004) dan CEO di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994) serta pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad.

Namun semalam, Ismail Sabri kembali melantik Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. UMNO dah dapat PM, tak akan menteri kewangan pun UMNO hendak juga. Dulu masa Bersatu jadi PM, kau sombog sangat tidak mahu sebarang jawatan.

  2. Lantik balik Menteri Kewangan gagal…dgn ekonomi Malaysia tercorot di dunia..bijak sangat kan…

    • senarai nama Menteri telah diberi perkenan oleh YDPA maka Baginda Tuanku mesti telah selidik dan menerima maklumbalas bukan saja daripada PM tetapi pegawai2 kerajaan lain.
      kalau begitu awak salahkan YDPA ke? sebelum bagi komen dapat fakta yang betul dahulu

Comments are closed.