LONDON – Perbincangan mengenai peluang Chelsea menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini begitu hangat diperdebatkan dengan kepulangan Romelu Lukaku bernilai £97.5 juta oleh semua pihak termasuk pemerhati sukan di Eropah.
Namun dalam aksi dramatik dengan 10 pemain berdepan Liverpool di Anfield semalam, pengurus pasukannya, Thomas Tuchel mempamerkan satu lagi aksi luar biasa yang menunjukkan mana-mana pasukan yang memintas the Blues berpeluang merangkul gelaran musim ini.
Chelsea yang mengejutkan tuan rumah dengan gol seawal minit ke-22 menerusi tandukan kencang Kai Havertz hasil sepakan penjuru telah terikat seri 1-1 di Anfield sekaligus menyatakan mesej jelas pasukannya musuh yang perlu dihadapi seterusnya dalam EPL musim ini.
Pembangunan pantas the Blues di bawah Tuchel yang menggantikan Frank Lampard pada Januari lalu sangat menakjubkan dan pengurus kelahiran Jerman itu sudah membuktikan rejuvenasi pasukannya dengan menjulang gelaran Eropah musim lalu.
Kini Tuchel sudah bersedia membawa pulang gelaran EPL ke Stamford Bridge untuk menaikkan reputasinya sebagai pengurus terbaik.
Impian Klopp untuk menidakkan pengunjung dan memperolehi tiga mata penuh berkecai.
Selepas Chelsea terpaksa beraksi dengan 10 pemain kerana pemain pertahanan dilayang kad merah dan Mohamed Salah menyamakan kedudukan 1-1 menerusi penalti yang dihadiahkan, laluan pertahanan telah diperketatkan.
Ia sekaligus menyebabkan tuan rumah buntu dalam mencari gol kemenangan walaupun beraksi dengan formasi menekan dan menyerang di gawang lawan.
Penjaga Gol Chelsea juga berjaya menjadi benteng utama menepis segala percubaan dan serangan tepat Liverpool.
Thiago Silva yang digantikan untuk memperkuatkan bek pertahanan dengan 10 pemain sahaja berjaya memastikan anak buah Klopp gagal menembusi gawang gol lawan.
Chelsea juga dilihat melepaskan beberapa peluang mencipta gol kemenangan menerusi Lukaku.-BBCSport.com.