ROM – Juventus kalah mengejut di halaman sendiri kepada Empoli dalam aksi pertama mereka tanpa bintang utama mereka, Cristiano Ronaldo.
Dalam aksi kedua Serie A Itali musim ini malam tadi, gol tunggal pasukan pelawat hadir pada separuh masa pertama menerusi Leonardo Mancuso.
Ketiadaan sayap utama mereka, Ronaldo dapat dirasai hampir seluruh pemain pasukan itu apabila segala usaha memburu gol seolah tidak menjadi dan permainan agak kucar kacir di atas padang tanpa fokus dan hala tuju.
Gol itu menyaksikan juara Serie sebanyak 36 kali itu terkandas di gelanggang sendiri.
Kekalahan the Old Lady menyusul sehari selepas Manchester United mengumumkan pihaknya mencapai perjanjian untuk mendapatkan semula khidmat Ronaldo.
Juventus menamatkan saingan Serie A musim lalu di tempat keempat dan memulakan kempen musim ini dengan keputusan seri 2-2 kepada Udinese minggu lalu selepas turun tanpa Ronaldo.
Dalam aksi pada malam Sabtu, anak buah Massimiliano Allegri memberi saingan kepada Empoli di hadapan gawang gol namun mensia-siakan beberapa peluang mencipta gol.
Mancuso, 29, yang menghabiskan 18 bulan di Juventus tanpa peluang kesebelasan utama melakukan volley dari jarak dekat selepas 21 minit namun gagal menghasilkan gol yang diperlukan.
Ternyata jelas pemergian Ronaldo memberi kesan mendalam di jentera serangan pasukan itu yang sekadar memperolehi 1 mata sahaja daripada dua perlawanan setakat ini.
Bagi Empoli ia merupakan kemenangan pertama menentang Juventus di Turin selepas kali terakhir menang pada 1999.-BBC Sport.com.