Home Nasional Covid-19: 26 kluster baharu, 20 libat tempat kerja

Covid-19: 26 kluster baharu, 20 libat tempat kerja

worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA –  Sebanyak 26 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dan 20 daripadanya melibatkan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Selain itu, menurutnya, lima kluster dalam kalangan komuniti dan satu kluster pendidikan lain.

Mengikut pecahan, enam kluster kerja iaitu Industri Tahana Johor Bahru (83 kes dan 316 disaring), Industri Istimewa Satu Johor Bahru (30 kes dan 102 disaring), Jalan Parit Bakar Darat di Muar (29 kes dan 187 disaring), Jalan Perindustrian Empat di Kulai (20 kes dan 98 disaring), Industri Lapangan Satu di Kulai (11 kes dan 166 disaring) dan Industri I-Park 59 (10 kes dan 137 saringan dilaporkan di Johor.

Selangor pula melibatkan empat kluster kerja iaitu Industri Jalan Taiping di Petaling (31 kes dan 47 disaring), Industri Jalan P10/16 di Hulu Langat dan Kuala Langat (30 kes dan 48 disaring),Industri Jalan KPK Setengah di Gombak (22 kes dan 70 disaring).

Perak pula tiga kluster kerja di laporkan iaitu Jalan Industri Tiga Jelapang di Kinta (109 kes dan 237 disaring), Industri Perusahaan Parit Buntar di Kerian melibatkan 82 kes dan 466 disaring, Jalan Perusahaan Sembilan di Lartu, Matang dan Selama (31 kes dan 137 disaring),”katanya dalam kenyataan kes harian Covid-19 hari ini.

Kluster kerja turut dilaporkan di Pasir Mas dan Pasir Puteh Kelantan iaitu Jalan Masjid Lama Bandar membabitkan lapan kes dan 19 disaring dan Jalan Kuarters Pegawai membabitkan tujuh kes dan 40 saringan.

Kluster kerja Jalan Intisari dikesan di Kepong, WP Kuala Lumpur melibatkan lapan kes dan 63 saringan dilaksanakan disusuli Industri jalan PK 34 di Melaka tengah (80 kes dan 199 saringan).

Negeri Sembilan pula,  Tapak Bina Rimbun 2 di Seremban melaporkan 67 kes dan 183 saringan dilaksanakan manakala Pulau Pinang Industri Dua Bukit Panchor melaporkan 39 kes dan 296 saringan dan Bandar Baru Mukah di Sarawak melaporkan 38 kes dan 109 saringan dilakukan.

“Manakala tiga kluster komuniti pula Jalan Pauh Lima Gunong, Aring Satu dan Kampung Limau Purut masing-masing dikesan di Bachok dan Pasir Puteh, Gua Musang dan Pasir Mas Kelantan Kelantan,” kata Dr. Noor Hisham.

Kluster Jalan Pauh Lima Gunong dan Kampung Purut dikesan akibat aktiviti ziarah-menziarahi dalam kalangan penduduk di empat buah kampung yang terletak berhampiran Jalan Pauh Lima, Gunong, Melor, Bachok serta Pasir Mas yang mana kes indeks kedua-duanya membabitkan lelaki berusia 28 dan 37 tahun dikesan positif pada 22 dan 24 Ogos lalu.

“Dua lagi kluster komuniti yang dikesan di Sarawak adalah Kaman dan Kampung Batu Kitang Jaya di Bau dan Kuching manakala Kluster Pendidikan Lain dikesan di Kuala Langat Selangor,” ujarnya lagi.

Katanya, Kluster Pendidikan lain ini dikenalpasti hasil saringan bersasar melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Taman Murni 6/16, Taman Langat Murni, Banting, Kuala Langat.

Jelas beliau setakat ini jumlah kluster yang dilaporkan di dalam negara adalah 4,673 kluster.

Bagaimanapun sebanyak 3,203 kluster daripadanya ditamatkan dan 1,470 kluster masih aktif termasuk 26 kluster yang dikesan hari ini.-MalaysiaGazette