KUALA LUMPUR – Tun Mahathir Mohamad gagal dalam cubaan memburukkan nama baik Perdana Menteri apabila kekecohan forum Nothing To Hide 2.0 sebenarnya berpunca daripada para penyokong pembangkang sendiri.
Sebelum itu, Tun M menuduh penyokong Datuk Seri Najib Razak sebagai punca terhadap segala kekecohan dalam forum yang sama.
Presiden Pertubuhan Aduan Rakyat (PAR), Datuk M. Chandrakumanan berkata, Tun M sengaja mahu meraih simpati rakyat supaya dilihat beliau sering ‘dibuli’ oleh kepimpinan Najib.
“Itulah sebabnya kerusi tidak dibalingkan terus ke arah Tun M tetapi disasarkan ke arah pemimpin di sebelahnya.Ini bukti jelas Tun M bertindak bijak dalam mengatur drama demi kepentingan politiknya.
“Kini rakyat boleh melihat sendiri perangai Tun M yang rakus untuk merendahkan kepimpinan Najib supaya anaknya dapat ditempatkan dalam barisan kepimpinan baharu.
“Setelah sedar kesemua usahanya gagal , beliau (Tun M) kini beralih ke arah Najib menyalah Presiden UMNO itu terhadap apa jua insiden yang berlaku di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Oleh itu katanya, sikap ‘hooligan’ berkenaan sebenarnya telah ditanam Tun M sendiri dan segala percubaannya memalukan Najib gagal.
Katanya, Tun M dalam kenyataan terbaharunya memberi tekanan kepada polis untuk menyiasat insiden kekecohan dalam forum Nothing to Hide.
“PAR menjangkakan Tun M sanggup melakukan apa sahaja untuk menggulingkan kerajaan BN demi mencapai impiannya dalam politik.
“Beberapa perkara melibatkan Tun M sendiri sebelum ini yang menjangkakan lebih banyak kekecohan berlaku terhadapnya juga perlu disiasat dan jangan memandang ringan kenyataan berkenaan,” kata Chandrakumanan.- MalaysiaGazette
Comments are closed.