BEIJING – Kanak-kanak dan remaja di China hanya dibenarkan bermain permainan video selama sejam pada Jumaat, hujung minggu dan hari cuti.
Platform permainan hanya boleh menawarkan permainan atas talian kepada golongan itu antara jam 8 malam hingga 9 malam pada hari tersebut, menurut Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Nasional (NAAP).
Sebelum ini mereka dibenarkan bermain permainan video selama 90 minit sehari.
Majoriti ibubapa melahirkan kebimbangan terhadap kelekaan kanak-kanak terhadap permainan video yang menyebabkan had masa dikuatkuasakan pada 2019, lapor agensi berita, Xinhua seperti dipetik UPI.
“Baru-baru ini, ramai ibubapa melaporkan terdapat golongan remaja yang leka dengan permainan video telah memberi kesan serius dalam kehidupan pelajar secara normal selain kesan terhadap kesihatan fizikal dan mental, malah menyebabkan masalah sosial,” lapar Xinhua.
Selain menghadkan masa permainan, China akan melaksanakan sistem pengesahan nama yang mana pengguna perlu menunjukkan kad pengenalan masing-masing. – Agensi