KUALA LUMPUR – Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyambut baik konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendekatan itu mampu memelihara keharmonian antara rakyat Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan budaya.
“Usaha berterusan perlu untuk mengukuhkan perpaduan antara rakyat Malaysia yang majmuk.
“Ia seterusnya menjadi pemangkin atau pemacu kepada kemajuan negara daripada segala aspek sama ada sosial, pendidikan mahupun ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut yakin dengan barisan jemaah menteri yang baharu dilantik mampu untuk mentadbir negara.
“Ia selari dengan aspirasi rakyat yang mahukan proses pemulihan negara yang telah dirancang, berjalan dengan lebih lancar dan inklusif,” katanya.
Muhyiddin berkata, Bersatu turut menyeru semua pihak mengetepikan segala perbezaan dan memperbaharui iltizam nasional secara kolektif untuk terus fokus agenda membangunkan negara dan membela rakyat.
Terdahulu, Ismail Sabri memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia menerusi ucapan pertamanya sebagai perdana menteri.
Pendekatan Keluarga Malaysia dipilih kerana dikatakan frasa ini bersifat lebih inklusif. – MalaysiaGazette
Baguslah para pahlawan pengganas komunis yang sekian lama dibiayai oleh Tanah Besar Komunis China sehingga 1989 pun disanjung jasa dapat kerakyatan tempatan Keluarga Malaysia yang besarnya sekangkang kera jer kononnya dah dok lama macam adik-beradik dengan pelahap babi dan penunggang todi. Beri visas cukuplah supaya ada toleransi di antara penduduk berbilang kaum dan rakyat tempatan.