Home Ekonomi Hutang statutori kerajaan 56.8%

Hutang statutori kerajaan 56.8%

Orang awam mengambil peluang menjamu selera di gerai makan pada hari pertama susulan pengumuman negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan aktiviti dine-in bagi mereka yang telah menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19 mulai hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kedai Makan Kampung Style, Hulu Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 20 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Sehingga akhir Jun 2021, paras hutang Kerajaan Persekutuan meningkat kepada 61.2% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan hutang statutori mencatat 56.8%, iaitu masih di bawah had statutori 60%.

Walau bagaimanapun, dengan semakan semula prospek pertumbuhan dan sasaran fiskal selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), kerajaan perlu memastikan ruang fiskal yang mencukupi dalam mendepani krisis pandemik, menurut Kenyataan Pra-Bajet 2022.

Oleh itu, katanya, terdapat keperluan untuk meningkatkan had statutori hutang bagi menyediakan ruang fiskal tambahan dalam mengukuhkan ekonomi domestik dan memastikan pemulihan yang mampan. – MalaysiaGazette

+ posts