KUALA LUMPUR – Atlet negara, Muhammad Ziyad Zolkefli memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru seterusnya mencatat rekod baharu dunia pada balingan 17.94 meterĀ di kejohanan Paralimpik Tokyo 2020.
Muhammad Ziyad yang beraksi dalam kategori F20 telah mencatat rekod baharu dunia pada balingan pertama iaitu pada catatan 7.31.
Biar pun mendapat tentangan daripada dua peserta Ukraine tetapi Muhammad Ziyad telah terus cemerlang dengan enam balingan yang konsisten.
Pingat perak dan gangsa dimenangi peserta Ukraini iaitu Maksym Koval dengan catatan 17.34 danĀ Oleksandr Yarovyi, 17.30.
Balingan Muhammad Ziyad juga memadamkan rekod kebangsaan yang juga dipegangnya sebelum ini.
Bagaimanapun, penyampaian pingat hanya akan diadakan pada Rabu, 1 September 2021 memandangkan terdapat protes daripada peserta Ukraine kerana mendakwa Muhammad Ziyad tiba lewat di call room.- MalaysiaGazette
Dah kena tarik dah… kemenangan dibatalkan.. datang lambat…apa pengurus buat kat sana pun tak tau…kesilapan bodoh yang tak boleh diterima…