Home Sukan Pingat emas Muhammad Ziyad ditarik semula

Pingat emas Muhammad Ziyad ditarik semula

Muhammad Ziyad Zolkefli.

KUALA LUMPUR – Pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Tokyo hari ini ditarik semula selepas terdapat protes daripada peserta Ukraine.

Peserta Ukraine mendakwa, Muhammad Ziyad lewat memasuki call room yang mana telah melanggar peraturan.

Terdahulu, Muhammad Ziyad telah mencatat rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.

Pingat emas tersebut diberikan kepada peserta Ukraine Maksym Koval dengan catatan 17.34 dan Oleksandr Yarovyi, 17.30.

Bagaimanapun, kem sektetariat Malaysia masih menunggu keputusan terkini selepas turut membuat protes agar pingat emas itu kekal milik Malaysia.

Sementara itu, Muhammad Ziyad menjelaskan emosinya stabil selepas dimaklumkan pingat emas yang dimenanginya ditarik semula.

“Emosi saya ok, Alhamdulillah,” itu reaksi ringkas atlet lontar peluru negara itu selepas dihubungi isterinya Zafirah Md Nasir seperti diciap dalam Twitternya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ziyad hadiahkan pingat emas kedua di Tokyo