Home Ekonomi IPG tidak teraktif untuk bulan Ogos

IPG tidak teraktif untuk bulan Ogos

Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak teraktif di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada bulan lalu.

Ini kerana, sepanjang bulan tersebut, harga purata peringkat ladang bagi cuplump di Semenanjung adalah RM 2.95 sekilogram, Sabah (RM 2.60 sekilogram) dan Sarawak (RM 2.60 sekilogram).

Sehubungan itu, pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah diminta untuk mengambil maklum mengenai perkara ini.

IPG hanya akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah. – MalaysiaGazette