Home Nasional 26% kawasan sudah dapat bekalan air

26% kawasan sudah dapat bekalan air

Air Selangor water disruption supply Sungai Semenyih odour pollution

 

KUALA LUMPUR – Sehingga jam 12 tengah hari tadi, pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 26%.

Pengurusan Air Selangor berkata, wilayah Hulu Langat merekodkan peratusan pemulihan sebanyak 61.1 peratus, Sepang 43.3 peratus dan Putrajaya 17.4 peratus.

Manakala Kuala Langat dan Petaling masih sifar.

”Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

”Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam, 3 September 2021,” kata Ketua Komunikasi Korporat Ai Selangor, Elina Baseri. – MalaysiaGazette