KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mempersoalkan sesuatu produk apatah lagi membabitkan soal kesihatan termasuk isu pemberian vaksin Covid-19.
Ia tidak boleh dijadikan sekadar eksperimen sahaja, kata Pakar Perubatan Dalaman dan Endokrin, Dr. Norshinah Kamarudin.
Menurutnya, pemberian vaksin kepada remaja dan kanak-kanak tidak relevan kerana golongan itu mempunyai sistem imun semulajadi yang sihat dan sempurna untuk melawan pandemik.
“Apabila produk (vaksin) ini diluluskan oleh Emergency Use Authorazation (EUA), ia dilabelkan sebagai eksperimen vaksin. Pada 2020, belum ada vaksin dikeluarkan tapi berapa peratusan kadar kesembuhan iaitu 99 peratus.
“Jika difokuskan kepada sistem imun yang kuat, sihat dan mantap maka kita boleh memperbaiki kadar kematian yang kita geruni,” katanya dalam program SKOP MG bertajuk Vaksin Covid 19: Mengapa Masih Ada Yang MenentangĀ malam ini.
Dr Norshinah berkata, penularan Covid-19 perlu dilihat dari perspektif kadar kematian walaupun kes dikategorikan sebagai meningkat namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menunjukkan perbandingan kepada rakyat.
“Seharusnya kementerian atau pihak pemerintah mesti menunjukkan carta atau graf untuk membandingkan kadar kenaikan dengan kadar kematian di graf yang sama supaya kita boleh lihat kadar kematian naik atau pun sama.
“Dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, kadar kematian daripada pemahaman saya adalah sangat rendah, ada dua jenis, kes kematian berjangkit kalau mereka positif Covid-19 hanyalah 0.005 di seluruh dunia,” katanya.
Beliau berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda negara lebih setahun lalu, rakyat hanya dipaparkan dengan graf kadar kematian akibat penyakit-penyakit lainĀ dan tidak dipertontonkan di kaca televisyen.
“Selama setahun setengah ini, kita tidak nampak penyakit-penyakit berjangkit lain yang diletakkan di graf sama yang tertera di kaca televisyen.
“Kita sebagai masyarakat biasa, kena paparkan agar masyarakat faham kes kematian jangkitan macamana berbanding penyakit lain.
“Jangan dikumpulkan dalam kumpulan yang ada Komorvid. Apakah kadar kematian jangkitan?” soalnya.
Katanya lagi, dengan langkah itu dapat membantu masyarakat membuat keputusan sendiri sama ada mahu mendapatkan vaksin ataupun sebaliknya.
“Orang menerima vaksin ini sebab badan dia sendiri, akan bertanggungjawab ke atas badan dia. Jadi dia mesti ada hak untuk membuat keputusan sama ada untuk anak dia, dirinya atau sesiapa saja,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: