Home Nasional Dua maut terbabas dalam gaung

Dua maut terbabas dalam gaung

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa di dalam lori yang jatuh ke dalam gaung di Kilometer 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong dalam kejadian petang tadi.

BENTONG – Seorang pemandu bersama kelindannya maut selepas lori membawa baja yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, insiden kira-kira pukul 3 petang itu berlaku apabila kenderaan akibat hilang kawalan dan terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter.

Difahamkan, mangsa Nazli Misnon, 56, bersama rakannya, Anwar Tushali Arimi Mualimin, 25, dalam perjalanan dari Sabak Bernam, Selangor ke Raub.

“Hasil sisasatan mendapati pemandu lori hilang kawalan semasa melalui satu selekoh ke kanan jalan lalu terbabas di sebelah kiri jalan dan masuk ke dalam gaung.

“Akibat kemalangan tersebut kedua-dua mangsa iaitu pemandu lori pertama dan kedua mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,”

Tambah Zaiham, mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

ARTIKEL BERKAITAN :

Bentong Police investigating report on vaccine sales to foreigners

Polis kenal pasti individu terlibat ajaran sesat PMYT – KPN

Susulan itu, polis memeohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik dan selamat. – MalaysiaGazette