Home Sukan MFL jumpa KJ, cadang SOP penonton kembali ke stadium

MFL jumpa KJ, cadang SOP penonton kembali ke stadium

KUALA LUMPUR – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mengemukakan permohonan mengenai cadangan prosedur operasi standard (SOP) Liga Malaysia kepada Menteri Kesihatan, Yang Berhormat (YB) Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam.

SOP itu juga turut melibatkan kebenaran bagi membolehkan para penyokong kembali ke stadium dengan syarat sudah melengkapkan pengambilan dua dos vaksin.

MFL dalam satu kenyataan berkata, oerkara itu menjadi topik perbincangan kedua-dua pihak susulan kunjungan hormat yang dilakukan Presidennya, Datuk Ab Ghani HassanĀ  ke pejabat Khairy di Putrajaya.

Selain itu Khairy yang juga mantan Menteri Belia dan Sukan turut diberikan penjelasan berkenaan perkembangan Liga Malaysia 2021 yang sudah bermula sejak 5 Mac lalu.

Saingan Liga Malaysia yang kembali bersambung selepas terhenti pada Mei lalu jelas telah mematuhi segala SOP ketat seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). – MalaysiaGazette