KUALA LUMPUR – Keputusan Perdana Menteri untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, tanggungjawab yang sepatutnya dipikul sendiri oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuatkan ramai yang tercenggang.
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad percaya setiap langkah yang diambil oleh perdana menteri itu tidak diambil secara spontan tetapi telah dirancang terlebih awal.
Ini termasuklah langkah Ismail Sabri bertemu dengan ketua-ketua parti pembangkang sehingga mengeluarkan kenyataan bersama telah mendapat pujian pemerhati politik kerana ianya mampu meredakan suhu dan kepanasan politik.
Langkah kedua dengan penubuhan satu Jemaah Menteri yang sama ramai dengan kerajaan PN dilihat tidak sangat berbeza kerajaan Keluarga Malaysia dengan kerajaan Perikatan Nasional.
”Kesemuanya sama mengkagumkan.
”Apa pula selepas ini?,” soal bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu. – MalaysiaGazette
rakyat JOHOR sokong SHARIR SAMAD jadi Pengerusi Pemulihan Negara….boleh bergabung dengan KHALID SAMAD