Home Seni Hidup Johan dan Ozlynn timang anak keenam

Johan dan Ozlynn timang anak keenam

Foto Instagram Era FM.

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti, Johan dan isterinya, pelakon Ozlynn Wati selamat menimang cahaya mata keenam pada Jumaat lalu.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram Era FM yang turut memaparkan foto Johan sedang tidur memegang bayi di atas sofa.

“Alhamdulillah, isteri Johan selamat melahirkan cahaya mata baru mereka pada 3 September 2021. Semoga ibu dan bayi sihat sentiasa. Selamat berjaga malam buat Johan, ikhlas daripada Team ERA!” tulis hantaran tersebut.

Perkongsian tersebut mengejutkan para peminat memandangkan pasangan itu tidak pernah berkongsi berita mengenai kehamilan anak keenam itu sebelum ini.

Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di atas kehadiran cahaya mata keenam mereka. – MalaysiaGazette