Home Sukan Pemain langgar kuarantin: Aksi kelayakan Piala Dunia Brazil- Argentina dibatalkan

Pemain langgar kuarantin: Aksi kelayakan Piala Dunia Brazil- Argentina dibatalkan

Perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar antara Brazil dan Argentina dibatalkan selepas empat pemain Argentina didakwa telaah mengingkar peraturan kuarantin pada Ahad.- Foto Kredit: BBCSport.com

LONDON – Aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 antara Brazil dan Argentina yang sepatutnya berlangsung pada Ahad terpaksa dibatalkan.

Keputusan itu diambil selepas pasukan kesihatan Brazil terpaksa memasuki padang setelah tiga pemain Argentina disyaki mengingkar peraturan kuarantin Covid-19.

Selaku pasukan pelawat, Argentina telah meninggalkan padang di Corinthians Arena selepas Pasukan Kesihatan Brazil mendakwa empat lemain Arghentina dari kelab England perlu dikuarantin segera.

Walaupun nama empat pemain itu tidak didedahkan, difahamkan mereka adalah Emiliano Buendia dan Emiliano Martinez dari Aston Villa, Giovani lo Celso dan Cristian Romero dari Tottenham Hotspur.

Martinez, Lo Celso dan Romero memulakan aksi terdahulu di Sau Paolo.

Setakat ini tiada tarikh baharu diaturkan untuk perlawanan antara Brazil dan Argentina itu yang dibatalkan penganjur sementara Argentina sedang membuat persiapan untuk perlawanan kelayakan seterusnya menentang Bolivia Jumaat ini 10 September 2021.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga mengesahkan mengenai penggantungan perlawanan itu sambil menambah bahawa maklumat lanjut akan menyusul dalam masa terdekat.

Jurulatih Argentina Lionel Scaloni menyatakan kekecewaannya atas apa yang berlaku selepas pasukannya sudah berkampung untuk memulakan aksi kelayakan itu sejak 3 September lalu.

“Kami sejak awal lagi telah mematuhi segala peraturan dan protokol kesihatan Covid-19 yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Namun sedih dengan episod (pembatalan perlawanan) ini,” keluhnya.-BBC Sport.com