Home Nasional Tiada rakyat Malaysia mangsa Taufan Hato

Tiada rakyat Malaysia mangsa Taufan Hato

Bangunan Kementerian Luar Negeri di Putrajaya

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan setakat ini tiada warganegara Malaysia terlibat dalam bencana ribut taufan di Hong Kong.

Taufan Hato yang diklasifikasikan sebagai amaran ribut tahap maksimum taufan 10 melanda Hong Kong dan Macau semalam.

Kementerian Luar dalam kenyataan terbaharunya berkata, setakat pukul 3 petang hari ini, lapan orang telah dilaporkan maut akibat Taufan Hato di Macau.

Kementerian Luar juga mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa.

Warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan konsular diminta supaya segera menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong di alamat: 24 th Floor, Malaysia Building 47-50 Gloucester Road Wanchai atau menghubungi talian +(852) 2821 0800, +(852) 6900 6390 (untuk kes kecemasan) atau Emel : [email protected]

Kementerian Luar juga menjelaskan bahawa melalui Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia akan terus memantau situasi susulan taufan tersebut dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa untuk sebarang makluman serta perkembangan terkini.

Kementerian Luar Negeri melahirkan rasa simpati kepada ahli-ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam taufan ini.- MalaysiaGazette