Home Nasional PPV Wisma Belia boleh walk-in mulai 13 September ini

PPV Wisma Belia boleh walk-in mulai 13 September ini

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Wisma Belia Kuantan akan bermula operasi secara jumpa terus (walk-in) tetapi pendaftaran hanya diterima melalui sistem janjitemu sahaja.- Gambar hiasan.

KUANTAN – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Wisma Belia di sini akan bermula operasi secara jumpa terus (walk-in) tetapi pendaftaran hanya diterima melalui sistem janjitemu sahaja.

Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Norasmaliza Ku Lah berkata, sistem tersebut akan diadakan selama seminggu bermula 13  hingga 19 September ini bagi membolehkan penerima hadir secara walk in bagi mengelak kesesakan di PPV berkenaan.

Menurutnya, pendaftaran hendaklah dilakukan melalui sistem ‘google form’ menerusi capaian https://www.picktime.com/slotvaksincovidpkdkuantan

“Pemohon boleh memilih tarikh, masa, slot seperti dinyatakan dalam Google Form. Hanya pemohon yang mendaftar sahaja  layak mengikut janji temu yang dibuat.

Ujarnya, meskipun mengenalkan konsep walk in namun ia perlu ditempah awal untuk sesi temujanji supaya pentadbiran lebih bersistematik dan efisyen.

Ia juga bagi mengelakkan penerima tidak berebut sekali gus memastikan prosedur operasi standard dipatuhi.

Sehingga kini, katanya, seramai 66,672 penerima yang sudah berdaftar namun masih belum disuntik vaksin bagi daerah berkenaan.

“Selain itu, melalui sistem janji temu membolehkan pihak kesihatan menguruskan persediaan vaksin mengikut bilangan hari yang diperlukan,” katanya. –  MalaysiaGazette