ENGLAND – Manchester United mengumumkan Zlatan Ibrahimovic akan meneruskan perjalanannya bersama kelab itu.
Bintang antarabangsa Sweden itu telah menandatangani kontrak setahun dan akan menyarungi jersi nombor 10 berbanding nombor 9 sebelum ini.
Manchester United dalam laman web rasminya hari ini mengumumkan: Ibrahimovic telah menandatangani kontrak setahun sebagai kembali ke kelab ini.
Pemain berusia 35 tahun itu telah menjaringkan 28 gol dalam 46 penampilan bersama kelab semasa kempen Liga Perdana Inggeris 2016/17 sebelum dilanda kecederaan lutut.
Jose Mourinho selaku pengurus kelab berkata; Kami gembira Zlatan sedang dalam proses pemulihan dan kembali bersama kami.’
“Selepas aksi cemerlang musim lalu, dia layak mendapat sokongan dan kepercayaan penuh kelab ini dan kami tak sabar menantikan kelibatnya apabila setelah pulih dari kecederaan sepenuhnya,” kata The Special One.
Manakala Zlatan Ibrahimovic pula menegaskan dia gembira kerana kembali ke Theatre of Dreams.
“Kelab ini adalah segala-galanya dan keinginan kelab yang mahukan saya kekal di kelab ini menggembirakan.
“Saya tidak sabar untuk kembali segera ke Old Trafford tetapi perlu mengambil masa secukupnya untuk pulih sepenuhnya dan cergas seperti sebelum ini,” katanya. – MalaysiaGazette