KUALA LUMPUR – DAP menyambut baik cadangan mencalonkan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Speaker Dewan Rakyat baharu menggantikan Datuk Azhar Harun.
Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berkata, ia berikutan prestasi Azhar yang mengecewakan dan didakwa gagal menegakkan ketinggian Parlimen bebas daripada perintah eksekutif tetapi juga keingkaran dan ketidakpatuhan terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen semasa darurat.
“Walaupun Azalina berada di barisan depan dalam menyokong reformasi institusi agar Parlimen memainkan peranannya yang betul dan tepat mengikut Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan demokrasi berparlimen dan sistem raja perlembagaan yang berfungsi, DAP ingin mendapatkan pandangannya tentang bagaimana dia akan menggunakan jawatan speaker secara berbeza berbanding Azhar.
“Parlimen di bawah Azhar dianggap telah berubah daripada sumber demokrasi menjadi sekadar sebahagian jabatan kepada eksekutif di bawah Perdana Menteri sebelum ini yang dipergunakan secara khusus untuk mempertahankan pegangan kuasa yang lemah, terutamanya setelah kehilangan majoriti Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Guan Eng, Timbalan Pengerusi Nasional DAP dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah bertemu dengan Azalina bagi membincangkan cadangannya mengenai pilihan raya pecat atau “recall election” sebagai sebahagian daripada pakej rang undang-undang anti lompat parti.
“DAP bersedia untuk berbincang lebih jauh dengannya jika dia serius untuk mengemukakan namanya menggantikan Azhar bagi mengembalikan imej dan kredibiliti Parlimen yang telah dirosakkan teruk oleh ketundukan Azhar kepada perintah eksekutif.
“Parlimen tidak boleh terus hilang atau bergerak dalam vakum politik dengan Speaker terus memainkan peranan untuk hanya patuh dan bersetuju semata-mata bagi mempertahankan Perdana Menteri.
“Sekiranya Parlimen dibenarkan untuk memenuhi mekanisme semak dan imbang serta bersidang semasa darurat, jawapan mungkin telah dapat diberikan mengenai Covid-19 dan krisis ekonomi yang dapat mengurangkan kenaikan rekod tertinggi jangkitan dan kematian,” katanya lagi.
Oleh itu, katanya, Azalina perlu menyusun rancangannya tentang bagaimana untuk mengelakkan Parlimen menjadi sekadar rubber-stamp kepada Perdana Menteri semata-mata dan mengangkat ketinggian Parlimen.
“DAP juga bersetuju sokongannya agar seorang ahli Parlimen pembangkang dilantik sebagai salah seorang timbalan speaker bagi menghormati prinsip asas bahawa Parlimen dimiliki oleh semua ahli Parlimen bukan hanya pihak kerajaan tetapi juga pihak pembangkang,” katanya.
Pakatan Harapan telah mencadangkan bekas Timbalan Speaker dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming untuk jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baru-baru ini dikosongkan oleh Azalina.- MalaysiaGazette
Aiyoo… Ini apek Guan Eng and Gobind Singh sekarang is trying to “bribe” Azalina by promising to support her as a speaker parliment. Bukan itu saja, DAP cuba ambil kredit lah dari Azalina punya kerja untuk bentang “recall parliment” dan anti-lompat parti. Azalina you TAK PAYAH KERJA DENGAN ini dua orang dan DAP meh!!! You boleh kerja sendiri meh!!! For a good cause mesti orang sokonglah!!!
Kata Kit Siang, Azalina melakukan kesilapan itu pada hari pertama Parlimen bersidang dengan berkata Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Najib Razak mempunyai ‘hak’ untuk menjawab soalan berhubung 1MDB dan ‘derma’ RM2.6 bilion apabila beliau memilih berbuat demikian.
“(Azalina) melakukan satu penghinaan kepada Parlimen dengan mendakwa bahawa Perdana Menteri mempunyai hak untuk memilih bila beliau mahu menjawab soalan mengenai 1MDB,” kata Lim dalam satu kenyataan.
Sekarang ini DAP menuduh Azhar pula hanya patuh kepada kerajaan dan mahu Azalina menggantikannya.
“DAP juga bersetuju sokongannya agar seorang ahli Parlimen pembangkang dilantik sebagai salah seorang timbalan speaker……zaman P akatan H ancing P unah H araPAN 22 BULAN….semuanya di monopoli….hanya yang BODOH saja akan mengangguk dan ingin terus rasa kencing mereka