Home Sukan Dua pemain Spurs akan didenda kerana ingkar

Dua pemain Spurs akan didenda kerana ingkar

Giovani Lo Celso (kiri) dan Cristian Romero bakal berdepan tindakan denda daripada Spurs kerana mengingkar arahan kelab EPL itu dan menyertai skuad Argentina untuk perlawana kelayakan Piala Dunia yang akhirnya terbatal Ahad lalu.Foto Kredit: Tottenham Hotspurs via Getty

LONDON – Dua pemain Tottenham Hotspur Cristian Romero dan Giovani Lo Celso bakal didenda Kelab England selepas didakwa ingkar arahan dan menyertai pasukan Argentina untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.

Kedua-dua pemain Argentina itu dilaporkan akan dikenakan denda sejurus selepas kembali ke United Kingdom.

Rakan sepasukan mereka, Davinson Sanchez juga bakal berdepan tindakan sama kerana menyertai pasukan Columbia walaupun menerima larangan dari kelab Liga Perdana Inggeris itu terhadap negara yang berada dalam senarai merah UK.

Romero yang berhijrah dari Atalanta dengan yuran perpindahan berjumlah £42.5 juta ke London dan juga Lo Celso adalah dua daripada empat pemain EPL yang terlibat dalam kontroversi pembatalan perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Argentina dan Brazil selepas didakwa mengingkar peraturan kuarantin.

Namun kelab Aston Villa mengambil pendekatan berbeza dengan membenarkan dua pemain mereka iaitu Emiliano Martinez dan Emiliano Buendia beraksi dengan skuad Argentina yang secara dramatik dibatalkan.

Ogos lalu, majoriti kelab EPL bersetuju untuk menyekat penyertaan pemain mereka dalam perlawanan antarabangsa bersama skuad kebangsaan mereka yang tersenarai dalam negara senarai merah UK.

Walaupun Spurs berpegang kepada larangan itu, dua pemainnya mengingkar arahan tersebut dan dijangka dikenakan denda.

Argentina dalam kenyataan pada malam Ahad berkata, dua pemainnya dari Spurs akan terbang bersama skuad kebangsaan ke Crotia untuk dikuarantin selama 10 hari sebelum kembali ke UK.

Kedua-dua pemain itu akan terlepas aksi Sabtu menentang Crystal Palace. – BBC Sport.com