MADRID – Dua ekor anak panda gergasi yang lahir di Zoo Aquarium pada hari Isnin di sini dalam keadaan sihat, menurut pihak berkuasa zoo tersebut.
Katanya, masih terlalu awal untuk mengesahkan jantina anak panda itu.
Kedua-dua anak panda itu dilahirkan dengan bantuan dua pakar dari Pangkalan Penyelidikan Chengdu untuk Pembiakan Panda Gergasi.
“Dua pakar dari Chengdu ada di sini dan nasihat mereka sangat penting kerana mereka mempunyai banyak pengalaman. Mereka banyak membantu kami, terutama dalam menyambut kembar panda ini, kedua-duanya sangat halus, kata,” kata penjaga zoo, Eva Martinez kepada Xinhua.
Lapan minggu pertama akan menjadi yang paling penting untuk kelangsungan hidup kedua-dua anak panda ini.
“Di alam hidupan liar, biasanya ibu panda akan memilih satu anaknya untuk dibesarkan dan meninggalkan yang lain. Tetapi dengan pengalaman dan pengetahuan pakar China, kami dapat menguruskan kedua-duanya dengan menukar kedua-duanya,” tambah Martinez.
Selama 20 hari akan datang, anak-anak panda yang berwarna merah jambu dan tidak berambut ini akan mula membuka mata mereka dan kulit mereka akan berpigmen dan mulai tumbuh bulu.
Anak-anak panda ini memerlukan perhatian khusus selama dua setengah bulan hingga mereka kuat.
Nama anak-anak panda ini akan diberikan dengan simbolisme Sepanyol-Cina yang bakal dipilih oleh orang ramai melalui media sosial.
Anak panda kembar ini adalah yang kelima dan keenam dilahirkan di zoo ini bagi pasangan panda gergasi betina Hua Zuiba dan pasangannya, Bing Xing – kedua-duanya dipinjam dari China. – Xinhua