YANGON – Sekurang-kurangnya lima anggota polis dan tujuh penduduk Rohingya terbunuh semalam di Rakhine, kata kerajaan Myanmar Jumaat.
Kejadian itu berlaku selepas penduduk Rohingya didakwa menyerang 24 orang polis dan cuba memecah masuk pangkalan tentera.
Serangan itu menandakan peningkatan konflik yang meruncing di Rakhine sejak Oktober lalu apabila serangan serupa yang membunuh sembilan anggota polis.
Tragedi itu menjadi punca serangan balas tentera yang menyebabkan penduduk Rohingya dibunuh dan dirogol secara besar-besaran.
Operasi tentera itu telah mengakibatkan lebih 87,000 penduduk Rohingya menyelamatkan diri ke Bangladesh dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menuduh Myanmar melakukan keganasan kemanusiaan. – MalaysiaGazette