Home Nasional Covid-19: 361 angka korban hari ini, 102 kes di luar hospital

Covid-19: 361 angka korban hari ini, 102 kes di luar hospital

Sebahagian pesakit Covid-19 yang dirawat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2021.

PUTRAJAYA – Sebanyak 361 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes kematian akibat virus maut itu setakat ini adalah sebanyak 19,163 kes aau 1.0 peratus.

Angka kematian terkini itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 50 kes kematian berbanding 311 orang semalam.

Ketua Pengarah, Tan Sri Dr Noor Hisham, daripada jumlah berkenaan 301 mangsa adalah warga tempatan manakala 60 orang adalah warga asing.

“Sebanyak 102 kes adalah kematian di luar yang dirujuk ke hospital atau Brought In Dead (BID) yang mana 71 kes daripadanya adalah warganegara dan selebihnya bukan warganegara.

“Selangor masih mendahului negeri lain dengan merekodkan kadar kematian tinggi hari ini iaitu sebanyak 67 orang iaitu 50 di hospital dan 17 kes BID yang mana daripadanya 39 orang adalah lelaki dan selebihnya wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah,  jelas beliau, sebanyak 262 orang daripada 361 mangsa terkorban akibat Covid-19 mempunyai sejarah penyakit kronik.

Selain Selangor, tujuh lagi negeri mencatatkan kematian dua angka iaitu Johor menduduki tangga kedua dengan 65 kes kematian yang mana 47 kes di laporkan di hospital manakala selebihnya kes BID sementara 57 orang adalah warga tempatan.

Sabah merekodkan 54 kes mati yang mana 28 daripadanya di hospital, disusuli Kedah 51 kes mati dan 40 di kesan di hospital.

“Kuala Lumpur merekodkan 34 kematian iaitu 18 di hospital dan selebihnya BID dan seramai 26 orang adalah rakyat tempatan, manakala Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak masing -masing merekodkan 29,17 dan 10 kes kematian hari ini.

“Perlis merekodkan kematian di hospital masing-masing seorang lelaki dan wanita warga tempatan,” ujar beliau.-MalaysiaGazette